WELCOME

Assalamualaikum wbt.Aku wanita biasa yang tidak punya apa-apa keistimewaan.Aku juga seorang pendosa tanpa noktah. Aku hanya seorang wanita akhir zaman.Allahu.

hadith of week

Harta Dan Rupa Tiada Nilai Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.” [Riwayat Muslim]

cbox




archieve


crEdit

  • Skins by Mayra and someone help me is Yasmin. Cute icon from Pixel and other from wana
  • .
    Wanita Solehah , Wanita Sejati
    Jumaat, 31 Januari 2014 - {0 comment(s)}


    Wanita solehah itu aurat dijaga,
    Pergaulan dipagari,
    Sifat malu pengikat diri,
    Seindah hiasan di dunia ini.
    Rasulullah s.a.w. bersabda,
    “Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.” -HR Muslim

    “Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga.

    Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, 


    “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka.” (HR Ahmad)

    “Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
    Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
    Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
    Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
    Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
    Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.

    Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
    Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :
    “Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya.” 


    Wallahua'lam 

    Label: ,

    Catat Ulasan